Monday, 12 March 2012

Hanya Kerana Mee Goreng Segera & Telur

    Dikala awal pagi meruntun hati, rasa marah, sedih dan bercampur-baur mengenangkan nilai nyawa seorang kanak-kanak perempuan begitu murah. Semurah mee goreng segera dan beberapa telur.Semuanya tentang Nurul Nadirah Abdullah.Baru berusia 5 tahun dan mungkin baru pandai mengeja dan memahamai makna dan perkataan kehidupan.
    Apakah dosa budak ini?Sehingga rentung dibakar.Pernahkah kanak-kanak ini menyakiti hati yang lain?Bukankah kanak-kanak ini hanya tahu bergembira bermain sahaja? Sungguh kejam manusia yang sanggup melakukan perkara terkutuk ini hanya pada seorang budak..Sedangkan bila dilakukan pada Soesilawati pun dikatakan kejam dan juga Altantuya pun dikatakan menyayat hati. Mungkin manusia sekarang bila dibakar seolah pembuatnya merasakan hanya membakar sampah sarap.
      Tidak terdetikah dihatinya perasaan kesian dan kasih sayang tangisan seorang kanak-kanak tidak berdosa sebelum dibakar?Adakah semua dilakukan kerana ingin menghapuskan bukti..Dia merogolkah budak itu atau  mengambil organnya untuk dijual bagi mengaut sejumlah wang..Wahai manusia..mengapa kamu makin kejam dan tak berperikemanusian. Maka benarlah kata-kata Allah  “Sesungguhnya kami isikan neraka dengan jin dan manusia kerana tidak menggunakan akal sebaiknya. Mereka mempunyai mata dan telinga tetapi tidak menggunakannya dengan baik. Mereka diumpamakan seperti binatang bahkan lebih dahsyat dari itu lagi.” (Surah Al-A’raf, ayat 179)
  Sama-sama kita sedakah Al-fatihah pada Allahyarhamah adik Nurul nadirah abdullah. Semoga rohnya dicucurkan rahmat. Dan tidak lupa kepada pelakunya kita berdoa supaya dia bertaubat dan menginsafi atau dikenakan balasan berlipat kali ganda dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

No comments:

Post a Comment